Thursday, April 21, 2011

Salam, Saya terbaca satu keratan akhbar Sinar pada 18 April 2011 mengenai sebuah rumah yang mahu diroboh kariah masjid di Kebun Lama. Difahamkan mangsa adalah penduduk di tanah wakaf dan rumahnya terbakar pada 2009. Tapi malangnya bila beliau ingin membina semula rumahnya yang terbakar itu, permohonannya ditolak oleh MAIPP. Apakah alasan yang tidak membenarkan beliau membina semula rumahnya sedangkan beliau membuat permohonan secara bertulis. Sekarang ini beliau menetap sementara di rumah pangsa yang mempunyai 1 bilik sedangkan beliau mempunyai 4 orang anak termasuk anak dara dan teruna yang tinggal bersama. Kariah masjid bercadang membuat stor ditanah itu. Apa disebalik semua ini? Tidak adakah keadilan untuk keluarga ini? Insyaallah, sama-sama kita lihat apa kesudahannya....

No comments:

Post a Comment