Friday, February 5, 2010

Perhimpunan SEDAQ

Ramai orang melayu yang hadir ke Perhimpunan SEDAQ tadi. Semuanya menyatakan rasa tak puas hati kepada Lim Guan Eng. Kenapa beliau tak mahu membela nasib orang-melayu?? Apa yang beliau kata sibuk semasa Gabungan NGO nak menyerahkan memorandum tadi? Ohh, sekaran dah tau sibuk, dulu sebelum mentadbir Pulau Pinang merayu-rayu supaya beri peluang kepada DAP memerintah Pulau Pinang dan akan memenuhi manifesto mereka, Tapi sekarang janji tinggal janji. Tahniah kepada penganjur SEDAQ kerana sanggup mengambil inisiatif menyatupadukan orang-orang melayu Pulau Pinang. Ini satu langkah permulaan yang baik bagi menunjukkan kepada Lim Guan Eng melayu Pulau Pinang boleh bersatu. Sekali melangkah tak ada berpatah balik. Ayuh bangun wahai Bangsa Melayu...

Thursday, February 4, 2010

TKM Pulau Pinang memberi sokongan padu pada Lim Guan Eng..

MP Bayan Baru & Nibong Tebal boleh keluar parti kata TKM Pulau Pinang, apakah yang terjadi sebenarnya? Adakah sandiwara atau betul-betul?? Kalau Pakatan Rakyat dah tolak mereka berdua ini apa tunggu lagi, angkat kaki sajalah...keluar saja PKR. Kalau masih mahu berjasa pada pengundi yang memberi kepercayaan pada PRU 12, masih boleh dilaksana walaupun telah keluar dari PKR. Kenapa mahu jadi orang suruhan saja? Dimana kebebasan bersuara dalam Pakatan Rakyat??

Pakatan Rakyat makin hilang sokongan di Pulau Pinang

Cilipadi dengar rata-rata rakyat Pulau Pinang sudah meluat dengan permainan politik Lim Guan Eng dan pakatannya. Apa sebenarnya dia cuba bawa atau pratik di Pulau Pinang? Kalau dahulunya peniaga-peniaga bebas mencari sumber rezeki, sekarang dia cuba buat peniaga-peniaga ini menjadi pengemis pula. Dia sendiri bukan anak jati Pulau Pinang. Cuma bernasib baik pengundi-pengundi terpedaya dengan janji-janji manis yang boleh dikatakan sebagai janji kosong saja.

Kalau dulu semasa pemerintahan Kerajaan Negeri BN kita tidak mendengar samada UMNO, Gerakan, MCA atau MIC bertelingkah macam ni. Tak pernah dibuat satu keputusan yang memenangi satu pihak saja. Apa saja Kerajaan Negeri BN buat adalah dengan kata sepakat. Sekarang siapa yang membuat semua keputusan? Adakah Lim Guan Eng atau secara sepakat???

Inilah pengajaran kepada kita semua, " Kalau marahkan Nyamuk, jangan bakar kelambunya , Padah Akibatnya" Renungkanlah....

Friday, January 29, 2010

PENIAGA MELAYU DI PULAU PINANG DITINDAS...

Dimanakah Ahli Majlis(Majlis Perbandaran Pulau Pinang) yang diberi mandat untuk menjaga kepentingan orang melayu sewaktu gerai orang2 melayu dirobohkan? Tak bolehkan memberi sedikit masa untuk mereka? Siapa yang memberi nafkah pada keluarga mereka sekarang? Bila dapat jawatan punya sembang bagai nak rakk, kononnya hebat sangat.Bila dah jadi masalah hilang semua. Sekarang siapa nak bela nasib orang melayu di Pulau Pinang? Sekarang orang2 melayu terpaksa merana selama tempoh pemerintahan kerajaan DAP & PR..

Tuesday, January 26, 2010

Rakyat Kelantan merayu pada MB supaya terima wang ehsan??

Semalam temuramah dalam berita di televisyen terdapat rakyat kelantan memohon MB Kelantan supaya menerima wang ehsan daripada kerajaan pusat. Wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan di negeri itu dan juga untuk rakyat yang memerlukan bantuan. Kenapa perlu mempolitikan isu wang ehsan itu? Bila dah jadi pemimpin kita perlu melihat dari keperluan rakyat dan bukannya kepentingan politik semata-mata. Kerana kedegilan diri, kita sanggup menggadaikan kepentingan rakyat. Seharusnya kita bersyukur mendapat bantuan kerajaan pusat yang sentiasa prihatin kepada rakyat. Jangan lupa mandat yang diberikan kepada PAS bagi mentabir negeri Kelantan. Jangan jadikan rakyat Kelantan ibarat " Habis madu sepah dibuang "

Sunday, January 24, 2010

Peniaga kecil Melayu dikaki lima sekitar Pulau Pinang terus menerus disaman oleh MPPP.Dasar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat ini jelas menampakkan sikap tidak endah pada ekonomi orang melayu...Sampai bila nasib mereka akan jadi begini? Siapa yang mahu mencari rezeki sekiranya punca rezeki mereka diganggu...Mana janji DAP sebelum PRU 12....?

Saturday, January 23, 2010

Selamat Datang ke rempahratus


As'kum, blog rempahratus merupakan satu laman bagi mencetuskan minda yang boleh dikongsi bersama dengan rakan-rakan diluar sana. Sama-sama kita memberi pendapat yang positif supaya kita dapat memperbaiki kestabilan politik negara kita kearah lebih baik. Zaman moden sekarang ini memudahkan kita berinteraksi dengan dunia luar, jadi gunalah kesempatan yang ada dengan baik. Insyaallah, kita bersama-sama memberi pandangan dan nasihat demi agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta.