Thursday, February 4, 2010

Pakatan Rakyat makin hilang sokongan di Pulau Pinang

Cilipadi dengar rata-rata rakyat Pulau Pinang sudah meluat dengan permainan politik Lim Guan Eng dan pakatannya. Apa sebenarnya dia cuba bawa atau pratik di Pulau Pinang? Kalau dahulunya peniaga-peniaga bebas mencari sumber rezeki, sekarang dia cuba buat peniaga-peniaga ini menjadi pengemis pula. Dia sendiri bukan anak jati Pulau Pinang. Cuma bernasib baik pengundi-pengundi terpedaya dengan janji-janji manis yang boleh dikatakan sebagai janji kosong saja.

Kalau dulu semasa pemerintahan Kerajaan Negeri BN kita tidak mendengar samada UMNO, Gerakan, MCA atau MIC bertelingkah macam ni. Tak pernah dibuat satu keputusan yang memenangi satu pihak saja. Apa saja Kerajaan Negeri BN buat adalah dengan kata sepakat. Sekarang siapa yang membuat semua keputusan? Adakah Lim Guan Eng atau secara sepakat???

Inilah pengajaran kepada kita semua, " Kalau marahkan Nyamuk, jangan bakar kelambunya , Padah Akibatnya" Renungkanlah....

No comments:

Post a Comment