Friday, February 5, 2010

Perhimpunan SEDAQ

Ramai orang melayu yang hadir ke Perhimpunan SEDAQ tadi. Semuanya menyatakan rasa tak puas hati kepada Lim Guan Eng. Kenapa beliau tak mahu membela nasib orang-melayu?? Apa yang beliau kata sibuk semasa Gabungan NGO nak menyerahkan memorandum tadi? Ohh, sekaran dah tau sibuk, dulu sebelum mentadbir Pulau Pinang merayu-rayu supaya beri peluang kepada DAP memerintah Pulau Pinang dan akan memenuhi manifesto mereka, Tapi sekarang janji tinggal janji. Tahniah kepada penganjur SEDAQ kerana sanggup mengambil inisiatif menyatupadukan orang-orang melayu Pulau Pinang. Ini satu langkah permulaan yang baik bagi menunjukkan kepada Lim Guan Eng melayu Pulau Pinang boleh bersatu. Sekali melangkah tak ada berpatah balik. Ayuh bangun wahai Bangsa Melayu...

Thursday, February 4, 2010

TKM Pulau Pinang memberi sokongan padu pada Lim Guan Eng..

MP Bayan Baru & Nibong Tebal boleh keluar parti kata TKM Pulau Pinang, apakah yang terjadi sebenarnya? Adakah sandiwara atau betul-betul?? Kalau Pakatan Rakyat dah tolak mereka berdua ini apa tunggu lagi, angkat kaki sajalah...keluar saja PKR. Kalau masih mahu berjasa pada pengundi yang memberi kepercayaan pada PRU 12, masih boleh dilaksana walaupun telah keluar dari PKR. Kenapa mahu jadi orang suruhan saja? Dimana kebebasan bersuara dalam Pakatan Rakyat??

Pakatan Rakyat makin hilang sokongan di Pulau Pinang

Cilipadi dengar rata-rata rakyat Pulau Pinang sudah meluat dengan permainan politik Lim Guan Eng dan pakatannya. Apa sebenarnya dia cuba bawa atau pratik di Pulau Pinang? Kalau dahulunya peniaga-peniaga bebas mencari sumber rezeki, sekarang dia cuba buat peniaga-peniaga ini menjadi pengemis pula. Dia sendiri bukan anak jati Pulau Pinang. Cuma bernasib baik pengundi-pengundi terpedaya dengan janji-janji manis yang boleh dikatakan sebagai janji kosong saja.

Kalau dulu semasa pemerintahan Kerajaan Negeri BN kita tidak mendengar samada UMNO, Gerakan, MCA atau MIC bertelingkah macam ni. Tak pernah dibuat satu keputusan yang memenangi satu pihak saja. Apa saja Kerajaan Negeri BN buat adalah dengan kata sepakat. Sekarang siapa yang membuat semua keputusan? Adakah Lim Guan Eng atau secara sepakat???

Inilah pengajaran kepada kita semua, " Kalau marahkan Nyamuk, jangan bakar kelambunya , Padah Akibatnya" Renungkanlah....